Monday 12 November 2012

Pena Cikgu Mudrikah

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya ini. 
Sebenarnya saya  kurang mahir dalam menghasilkan media baru ini. Saya mulakan dengan langkah yang perlahan dalam melahirkan pena Cikgu Mudrikah ini dengan bimbingan keluarga dan rakan-rakan terdekat. 

Serba sedikit mengenai saya, seorang guru Bahasa Melayu . Kini melanjutkan pengajian  di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).  Dalam  blog ini saya ingin  berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana berkaitan subjek Bahasa Melayu  Sekolah Rendah. Antara yang akan dipaparkan dalam blog ini ialah sedikit contoh penulisan, subjek tatabahasa dan sebagainya. Saya selitkan juga contoh-contoh soalan kertas 1 dan 2 Bahasa Melayu UPSR 2012 bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Adalah diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada semua guru.
 Sekian, semoga paparan di dalam blog yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit input kepada rakan-rakan guru mahupun anak-anak didik di luar sana. Akhir kalam, salam ukhwah dari saya.

Wasalam.
Pn. Mudrikah bt. Mohd Yasin
Copyright Reserved by Efrine Q 2012