Kata-kata ulama/Madah Pujangga
Pahitnya Mata Dunia
Kerana Manisnya Syurga Tuhan
Belajar dengan buku.
Seorang ulama berkata,"Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".
Fikiran bak mutiara.
Seorang ulama berkata,"Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin oleh jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".
Kebahagiaan tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.
Seorang sufi bermadah,"Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu..... boleh mendatangkan sombong diri.. oleh itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu"
Ulamak mursyid berkata,"Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. maka seluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".

Kalau hati itu bersih.
Seorang ulamak berkata,"Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".

Pohon syurga.
Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".
Kejelitaan akan pudar.
Seorang ulamak berkata,
"Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".

Mata yang beku.
Rasulullah bersabda,"Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{taksudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. panjang angan-angan dan tergoda oleh dunia".
Jika engkau mahukan kemesraan.
Seorang bijak pandai Islam berkata,
"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".

Jangan cakap banyak.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".

Kata pemikir Islam, "Gunong yang tinggi tidak boleh menakung air.. tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana luasnya....... ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. Sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".
Seorang ulama berkata,"Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".
Fikiran bak mutiara.
Seorang ulama berkata,"Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin oleh jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".
Istimewa diam.
Nabi s.a.w. bersabda,
"Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".

Jika Allah kasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya jika Allah berkehendakkan kebaikan terhadap hambaNya, maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambaNya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".

No comments:
Post a Comment